Proses beli rumah subsale (rumah sedia ada, bukan projek baru dari developer) ada beberapa langkah utama. Ni ringkasan mudah untuk buyer pertama kali.
Sebelum mula cari rumah, tahu dulu berapa yang bank sanggup pinjamkan kepada anda berdasarkan income dan komitmen sedia ada. Ini elak anda jatuh cinta dengan rumah yang sebenarnya di luar kemampuan.
Semak Kelayakan Saya →Browse listing ikut lokasi dan budget anda, then atur lawatan fizikal sebelum buat keputusan. Perhatikan keadaan struktur, kawasan sekeliling, dan kemudahan berdekatan (sekolah, pasar, kerja).
Explore Listing →Bila dah jumpa rumah yang berkenan, buat tawaran harga melalui ejen. Kalau penjual setuju, biasanya perlu bayar booking fee (deposit awal, selalunya 2-3% harga rumah) untuk "lock" rumah tu sementara SPA disediakan.
Peguam akan sediakan SPA — dokumen sah yang mengikat penjual dan pembeli. Baki deposit (biasanya cukup ke 10%) dibayar semasa tandatangan SPA, dalam tempoh yang dipersetujui (selalunya 14-21 hari dari booking).
Selari dengan SPA, anda mohon pinjaman perumahan di bank. Bank akan buat penilaian (valuation) hartanah tu untuk pastikan harga munasabah, dan semak kelayakan kredit anda sebelum lulus loan.
Kira Ansuran Bulanan →Sebelum hartanah rasmi jadi milik anda, Duti Setem (Memorandum of Transfer) dan yuran guaman perlu dibayar. Peguam akan uruskan pendaftaran pindah milik dengan pejabat tanah.
Kira Total Kos Beli Rumah →Lepas semua proses siap dan baki pembayaran diselesaikan, penjual akan serahkan kunci. Buat pemeriksaan akhir (bersama ejen) sebelum terima kunci untuk pastikan segalanya ikut apa yang dipersetujui.
Jangan buat sorang-sorang.
Proses ni ada banyak dokumen dan bahasa legal — sentiasa lebih selamat dan lancar bila anda ada ejen hartanah berdaftar LPPEH yang bantu uruskan dari awal sampai serah kunci.
Cari Ejen & Listing Sekarang*Panduan umum sahaja, bukan nasihat perundangan atau kewangan. Proses sebenar boleh berbeza sedikit ikut jenis hartanah, bank, dan negeri.