Masalah yang biasanya dikeluhkan, ramai tak tahu mereka layak ke tak nak beli rumah.
Jika pernah membaca bacaan mengenai rancangan kewangan, peruntukan bayaran bulanan daripada pendapatan untuk membeli rumah adalah sekitar 20-30% daripada gaji.
Sebagai contoh:
Jika saya berpandapatan RM3000 sebulan, maka cadangan bayaran bulanan saya hanyalah sekitar RM600-900 sahaja.
Menggunakan FORMULA ×200, bayaran bulanan sebanyak RM600-900 membolehkan kita membeli hartanah pada kadar harga RM120,000-180,000.
*dengan pinjaman 90% dan tempoh pinjaman 35 tahun.
Debt Service Ratio (DSR)
Kelayakan pinjaman dikira dengan mengambil kira Debt Service Ratio (DSR). DSR adalah satu formula pengiraan nisbah tanggungan jumlah hutang kepada jumlah pendapatan.
Jenis-jenis pendapatan:
- Gaji bulanan
- Elaun,
- Overtime (biasanya dikira purata 6 bulan)
- Pendapatan sewa hartanah (disertakan dengan bukit perjanjian sewa dan penyata akaun bank)
RM3000.00 kebawah, DSR yang dibenarkan ialah sekitar 50-60%.
RM3001-7000, DSR yang dibenarkan ialah sekitar 65-70%
RM7001-10000, DSR yang dibenarkan ialah 75-80%.
*peratusan DSR yang dibenarkan kadangkala berubah dari semasa mengikut keadaan.
=============================================
Contoh cara kiraan kelayakan pinjaman perumahan [GAJI BAWAH RM3000]:
Purata DSR untuk golongan gaji bawah RM3000 ialah 60%. Ada juga bank yang sudah menggunakan NDI sebanyak RM1250-1600 untuk kiraan kelayakan loan.
- Gaji bersih = Gaji yang masuk setiap bulan ke dalam akaun anda
60% × [gaji bersih] = Jumlah komitmen yang dibenarkan.Contoh: Gaji bersih yang masuk ke akaun anda ialah RM2900.
60% × RM2900 = RM1740RM1740 adalah JUMLAH komitmen yang anda boleh buat. - Senaraikan hutang atau komitmen yang ada sekarang:Hutang kad kredit= RM200
Hutang kereta = RM500
=====================
Jumlah komitmen bulanan: RM700 - Baki komitmen yang masih anda masih berpeluang untuk mendapat pembiayaaan.
Jumlah komitmen yang masih anda masih berpeluang untuk mendapat pembiayaaan =
RM1740 – [jumlah hutang komitmen sedia ada] = RM1740 – RM700 = RM1040
Secara kasarnya anggaran bulanan RM1040 ni anda mampu membeli hartanah yang berharga RM210,000.
BELUM ADA KOMITMEN BULANAN
TAPI jika anda masih belum membuat sebarang hutang, peluang untuk anda mendapat pembiayaan sebanyak ansuran penuh sebanyak RM1740 sebulan adalah sangat rendah.
Ini kerana skoring anda (bahagian rekod pembayaran) masih rendah.
Ia berisiko bagi pihak bank untuk memberi pembiayaan penuh (90%) untuk hartanah berikut kerana anda belum mempunyai rekod pembayaran dengan mana-mana bank.
Selain dari kira kelayakkan loan anda juga perlu semak criss dan ctos anda.
CTOS Data Systems Sdn Bhd atau CTOS merujuk pada laporan yang digunakan oleh pihak bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk mentaksir kepercayaan kredit dan keupayaan individu atau peminjam untuk membayar balik pinjaman.
Laporan CTOS menunjukkan risiko kredit seseorang individu – semakin tinggi skor kredit, semakin rendah risiko kredit dan semakin tinggi peluang untuk bank meluluskan permohonan pinjaman anda.
Skor kredit secara asasnya memberi gambaran (first impression) yang baik tentang imej anda di mata pemberi pinjaman, bank dan institusi kewangan. Ia sekali gus mencerahkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah pinjaman yang lebih baik.
Secara ringkas, Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System) mengumpul maklumat kredit daripada pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans dan syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan utiliti seperti telekomunikasi.
Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit CCRIS dan akan diakses oleh institusi kewangan seperti bank bagi melihat sejarah kredit anda. Dalam erti kata lain, rekod CCRIS mengandungi laporan kredit berkaitan seseorang individu seperti:
- Hutang pinjaman kereta, loan perumahan, pinjaman peribadi dan apa-apa pinjaman lain yang tertunggak;
- Permohonan pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.
Sila hubungi saya untuk semak kelayakkan loan:
- Nama: Mohamad Suhairi (REN 26837)
- CCI Property
- H/P: 010-3622016 (Call/Sms/Whatsapp)
- Email: suhairi.alias@gmail.com
- Perunding Hartanah Berdaftar/ Developer Team Marketing
- #JualRumah #BeliRumah #RumahMurah #AgentHartanah #Ejen #Hartanah