Macam mana nak mula kalau nak jual rumah dengan Suhairi?
Suhairi bantu loan buyer juga ke?
Ya, saya urus pembeli dari segi pinjaman (bank atau LPPSA) dan connect dengan banker.
Boleh ke Suhairi bantu semak harga pasaran rumah saya?
Boleh, saya buat semakan percuma ikut data terkini & kawasan semasa.
Kalau rumah saya tak terjual, ada caj tak?
Tiada bayaran dikenakan kecuali bila rumah terjual. Free consultation & valuation!
Apa kelebihan bila guna Suhairi sebagai ejen?
Saya guna marketing online pro-level (website sendiri, Google Ads, FB Ads, TikTok) + database + fast response.
Ada ke buyer database sedia?
Yes! Saya ada senarai buyer aktif – bantu cepatkan jualan rumah anda.
Berapa banyak rumah Suhairi dah jual?
Alhamdulillah, ratusan unit dari rumah kos sederhana hingga rumah mewah.
Apa kawasan yang Suhairi cover?
Saya cover Melaka, Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Muar, Tangkak).
Kenapa saya perlu guna ejen macam Suhairi?
Saya bantu dari A-Z: semak harga pasaran, urus buyer, loan, lawyer – semuanya siap!
Siapa Suhairi Alias?
Saya perunding hartanah berdaftar di bawah CCI Realty, No REN 26837, sejak tahun 2018.
Boleh ke saya beli rumah tanpa ejen?
Boleh, tapi risiko tinggi dari segi dokumen, buyer/penjual tipu, dan proses jadi lambat.
Apa itu consent dan bila kena mohon?
Kebenaran dari pihak berkuasa negeri untuk jual beli (terutama leasehold & bumi lot).
Berapa lama proses beli rumah subsale?
Sekitar 3 hingga 4 bulan dari mula hingga selesai pindah milik.
Apa itu MOT (Memorandum of Transfer)?
Dokumen rasmi pindah milik dari penjual kepada pembeli – diperlukan untuk sahkan hak milik.
Siapa uruskan SPA dan proses pindah milik?
Peguam hartanah yang dilantik akan urus semua.
Boleh ke guna dua nama untuk beli rumah?
Boleh. Biasanya digunakan untuk naikkan kelayakan loan (joint-loan).
Kalau loan tak lepas, booking burn ke?
Ada projek yang refund booking, ada yang burn. Pastikan baca syarat awal.
Perlu ke ambil MRTA atau MRTT?
Digalakkan sebab ia lindungi waris dari hutang jika berlaku kematian. Bank kadang buat syarat.
Berapa lama proses loan bank atau LPPSA?
Biasanya 1–2 minggu untuk kelulusan bank, LPPSA sekitar 3–4 minggu.
Macam mana nak mohon pinjaman LPPSA?
Hanya untuk penjawat awam. Apply melalui portal rasmi LPPSA, ikut langkah dan sediakan dokumen lengkap.
Berapa banyak kos tersembunyi masa beli rumah?
Kos guaman, duti setem, penilaian hartanah, yuran agen, MRTA/MRTT.
Boleh ke beli rumah guna nama isteri/suami?
Boleh, asalkan dia yang buat loan atau ikut joint-loan.
Apa itu DSR (Debt Service Ratio)?
DSR ialah nisbah hutang bulanan berbanding pendapatan. Bank guna DSR untuk tentukan kelayakan pinjaman.
Berapa minimum gaji untuk beli rumah pertama?
Secara umum, gaji bersih RM3,000 ke atas lebih selamat, tapi bergantung juga pada komitmen bulanan.
Apa beza rumah subsale, undercon dan lelong?
Subsale = rumah yang dah siap dan dibeli dari owner.
Undercon = beli rumah yang masih dalam pembinaan.
Lelong = rumah dilelong oleh bank sebab loan tak bayar.